Friday, March 4, 2011

Tips memilih baju pernikahan

Apa yang perlu anda tahu?

Salam semua..sudah beberapa hari aq tidak post entry kat blog aq ni..rasa macam gatal hati plak nak kongsi kat korang..hehehe biasa lah..bila hati dah gatal nak kahwin..banyak lah benda baru yang kita nak tahu kn..macam aq la tu..toinkkk :p

jom kita ramai-ramai ambek pusing hal tentang busana nikah ni....

BUSANA NIKAH BAGI WANITA


  • Baju nikah selalunya adalah simple dan sederhana namun cantik.
  • Warnanya pula sesuai if korang gunakan warna pastel. Namun begitu warna putih sudah sinonim kerana dianggap suci.
  • Menggunakan fabrik jenis lace dan satin kerana ia terdapat banyak pilihan warna yang menarik. Selain tu jenis fabrik siffon dan satin lembut yang mampu memberi keselesaan kepada tuan punya badan hehe.
  • Fesyen pula kebiasaannya berkonsep jubah dan sopan. Lebih ayu lagi jika di padankan dengan tudung yang sesuai. Jubah lace juga boleh nampak sedikit mewah dengan aksesori tambahan yang tidaklah terlalu sarat.
  • Potongan busana pula janganlah terlalu ketat agar pengantin selesa memakainya. Waktu ini juga pengantin tidak digalakkan memakai korset kerana bimbang akan berpeluh semasa menunggu diijabkabul.
BUSANA NIKAH BAGI LELAKI
  • Busana untuk lelaki kebiasaannya baju melayu dengan padanan lengkap yang boleh membezakan pengantin dengan orang lain.
  • Songkok pula ia samaada yang lebih tinggi atau sederhana. Nak lebih ganteng, tambahkan kerongsang.
  • Potongan leher pula dipilih mengikut cita rasa sendiri. Samaada potongan cekak musang atau teluk belanga.
  • Fabrik baju melayu pula daripada jenis satin kerana ia tidak panas serta selesa. Lagipun lepas nikah boleh recycle..hehehhe
  • Ikatan samping juga memainkan peranan dalam pengayaan pengantin lelaki. Samping songket pastinya menyerlahkan pengantin dengan tetamu yang hadir. Jangan sesekali memilih samping daripada jenis pelikat.

No comments:

Post a Comment