Thursday, March 17, 2011

Kursus Solekan dan Keterampilan Diri

     Beberapa minggu yang lepas aq ada join 1 program anjuran Kementerian Belia dan Sukan. Program tu berlangsung selama 3 hari berturut-turut..9, 10, dan 11hb Mac 2011.Actually masa tu ada 2 program serentak iaitu Kursus Solekan dan Keterampilan Diri dan Kursus masakan. Oleh kerana aq lebih berminat dalam solekan maka aq pun pilih yang bab solek menyolek ni...hehehe




     oleh kerana kursus pn dah ikut..aq share ngan korang la ya...ni pun hasil dari apa yang aq dpt tyme kursus tu..

9.Mac.2011 - Hari Pertama

Proses asas membersihkan muka (3 langkah)
  1. Bersihkan muka dengan pencuci muka yang sesuai.
  2. Jangan lupa gunakan toner menggunakan kapas muka. Toner ni berfungsi untuk menutup liang roma kita.
  3. Gunakan pelembap. Jika anda rasa muka anda berminyak, pastikan pelembab digunakan dengan jumlah yang sedikit..asal ada.
Makeup siang

Makeup ni sesuai dikenakan semasa berada dirumah ataupun keluar rumah pada waktu siang. Solekan tidak terlalu sarat/padat dan simple.
  • Mulakan dengan 3 langkah seperti diatas.
  • Sapukan fondation yang sesuai dengan warna kulit.
  • Jangan lupa sapukan bedak tabur @ loose powder sehingga rata.
  • Gunakan compaq powder untuk memadatkan solekan.
  • Sapukan highlight pada bawah kening. Pastikan pemilihan warna yang neutral sahaja seperti krim dan pink lembut.
  • Eyeliner jangan lupa plak. hehe
  • Sapukan sedikit blusher pada bahagian pipi. Pastikan ia tidak terlalu terang.
  • Calitkan lipstick. DONE
 Makeup Siang

     Ok done with Makeup siang..sebelah petangnya kami diajar makeup malam plak..tp nnt je saya share ya..something come up..see ya

Monday, March 7, 2011

Pelamin Merah Putih

yahoooo...tumpang kegembiraan qu kat sorang kazen ni...anak sorang2 pompuan..bila naik pelamin mestilah mahu yang terbaikkn..hehehe..05.03.2011 dia selamat diijabkabulkan. tyme tu kt kepala ni hahaha Tuhan jak yang tahu betapa aq inginkan saat sebegitu..mesti gembira + terharu + sedih..tapi saat dia diijabkabulkan lupa plak aq take pic..hahaha xcited sangat agaknya tengok orang kawen..

cantik..dihiasi mawar merah..

merpati dua sejoli..

pipi kiri tembam..anggur x sempat telan haha

semoga berbahagia buat my kazen Kasma

Tahniah ya kas..ko dah mendahului aq..hehe...ok lah..aq mo p bli susu..mak sruh hahaha see ya

Friday, March 4, 2011

Pelamin nikah

     Jeng jeng jeng...salam 1 Malaysia..semalam dah cter pasal tips nak pilih busana tuk hari pernikahan kan? so skunk nak kongsi plak tentang panduan bagaimana untuk memilih pelamin nikah. Actually sumber ni dpt daripada orang2 kuat pasal design pelamin. Selain tu, bahan bacaan seperti majalah Pengantin banyak membantu..

  • Selalunya bila kita nak pilih tema tuk hari pernikahan, kita cenderung memilih warna2 yang soft seperti putih, krim, ataupun merah jambu. Dengan warna2 ni kita akan kelihatan lebih ayu dan sopan berbanding dengan pemilihan warna2 yang garang. Berdasarkan pengalaman aq la, jarang sekali orang akan memilih warna garang kan..kan....hehehee komen sikit
  • Bila dah ada tema,jom kita cari plak design yang sesuai tuk si pengantin. Konsep duduk di lantai lebih manis jika dibandingkan dengan berkerusi. Lagipun sopan kn. hehee..design yang simple lebih berkesan dengan tambahan bantal2 yang sepadan.
 
  • Selain itu, kalau rajin, kreatif dan ckup badget bolehlah letakkan taman mini atau pagar2 untuk hiasan tambahan pelamin tersebut.
  • Dekorasi penggunaan lilin serta bunga tulin atau tiruan  sentiasa menjadi pilihan. Susun letak pula janganlah terlalu tinggi sehingga menengelamkan pengantin.
  • Citer pasal kos pula, kenalah bersesuaian dengan kemampuan si pengantin. Lagipun simple is better rite? :p
Rasanya tu je yang dapat aq share ngan korang ye...next tyme aq post lg..hehehe coz petang ni mau p uma my kozen di Tawau..dia kahwin..eerrmmm potong turn la dia ni...uiseehhh jeles:p hehehe see ya...

Tips memilih baju pernikahan

Apa yang perlu anda tahu?

Salam semua..sudah beberapa hari aq tidak post entry kat blog aq ni..rasa macam gatal hati plak nak kongsi kat korang..hehehe biasa lah..bila hati dah gatal nak kahwin..banyak lah benda baru yang kita nak tahu kn..macam aq la tu..toinkkk :p

jom kita ramai-ramai ambek pusing hal tentang busana nikah ni....

BUSANA NIKAH BAGI WANITA


  • Baju nikah selalunya adalah simple dan sederhana namun cantik.
  • Warnanya pula sesuai if korang gunakan warna pastel. Namun begitu warna putih sudah sinonim kerana dianggap suci.
  • Menggunakan fabrik jenis lace dan satin kerana ia terdapat banyak pilihan warna yang menarik. Selain tu jenis fabrik siffon dan satin lembut yang mampu memberi keselesaan kepada tuan punya badan hehe.
  • Fesyen pula kebiasaannya berkonsep jubah dan sopan. Lebih ayu lagi jika di padankan dengan tudung yang sesuai. Jubah lace juga boleh nampak sedikit mewah dengan aksesori tambahan yang tidaklah terlalu sarat.
  • Potongan busana pula janganlah terlalu ketat agar pengantin selesa memakainya. Waktu ini juga pengantin tidak digalakkan memakai korset kerana bimbang akan berpeluh semasa menunggu diijabkabul.
BUSANA NIKAH BAGI LELAKI
  • Busana untuk lelaki kebiasaannya baju melayu dengan padanan lengkap yang boleh membezakan pengantin dengan orang lain.
  • Songkok pula ia samaada yang lebih tinggi atau sederhana. Nak lebih ganteng, tambahkan kerongsang.
  • Potongan leher pula dipilih mengikut cita rasa sendiri. Samaada potongan cekak musang atau teluk belanga.
  • Fabrik baju melayu pula daripada jenis satin kerana ia tidak panas serta selesa. Lagipun lepas nikah boleh recycle..hehehhe
  • Ikatan samping juga memainkan peranan dalam pengayaan pengantin lelaki. Samping songket pastinya menyerlahkan pengantin dengan tetamu yang hadir. Jangan sesekali memilih samping daripada jenis pelikat.

Wednesday, March 2, 2011

Di hari pertunangan ku

13hb Feb 2011 hari yang tak dpt aq lupa..yelah sudah jadi tunangan orang kn :p peweeiiittt...setelah 5 tahun 7 bulan 20 hari kami bercinta akhirnya kami bersetuju untuk mengikat tali pertunangan..mahu upload ka tidak..mahu upload ka tidak...huhuuu hrap2 cek abe aq x marah ye...heheehee

purple tuu...hehehehe...chubykan..hehe

ni la wajah penuh kebahagiaan..semoga senyum itu terus terukir..Amin

pihak lelaki yang datang memeriahkan..hahaha memang meriah :p

Bersama keluarga tercinta dan barangan hantaran..padat weiii

Edit..habis muka aq kena pisah2kn..mcm puzzle plak hahaha..

Terima kasih kpd smua pihak yang banyak membantu pada hari kejadian ni..hehe..sayang kamo..
see ya...

Kepulan asap apakah itu??

Tengah hari tadi tengah syok2 layan filem Ngangkung, kecoh sekampung tengok asap tebal..

 macam kilang tayar terbakar pun ada kn...jom siasat..hehehe

Rupanya tak jauh dari rumah qu ada  kebakaran..aq dengan selipar jepun kesayanganku tak lepaskan peluang..ya la hati gatal mahu tahu 'apa kes'..tyme nk p tmpt kejadian, rupanya bkn aq sorang je..rmai yang dah mendahului aq..kadang terfikir gak aq, diorang ni ambil beratkah atau saja nak sebok..errmmm lantak la..aq?? ofcoz la nk tahu..kira ambil berat la tu kn..kn..ok smbung cter..bila dah smpai di tempat kejadian, 2 buah rumah dah hangus terbakar..sempat gak la ambil bberapa keping gambar..punca kebakaran tak tau lg..kesian abg2 bomba bertungkus lumus padamkan api..ramai gak bdk2 kampung yang tolong simbah air menggunakan baldi..terharu plak aq tengok..ye la skg ni susah sangat nak tengok jiran berkerjasama..dok ngumpat sesama jiran adalah..huhu..dunia dunia..di tempat kejadian, jiran sebelah menyebelah semua sebok punggah segala dokumen penting mereka..sedih wei tgk diorang..jap je aq kt situ terus angkat kaki..xsnggup nengok..

p/s: diharap pihak mangsa yang terlibat dapat menerima ini sebagai takdir.
sekian..see ya

Tuesday, March 1, 2011

Cerita Di Sebalik 'Kappurung'

Selamat pagi kepada semua blogger..
Salam 1 Malaysia ya....harap semua ok2 aja..
hari ni hati gatal sangat nak share ngan korang satu stori ni..
actually bkn cter apa pon, saja nk share ngan korang tentang makanan orang di Sabah.
Kalau korang pna g Sarawak, diorang sebut makanan ni Ambuyat..
pna dgr x??? tp kat sabah kami gelar Kappurung..mcm ganas kn nma dia..hahahah..
Baru beberapa hari lepas saya n family mkn..sedap weiiii...gua ckp lu..
x tipu..

ok ok..cter sikit pasal benda alah ni..di mulakan cerita,
Kappurung ni gelaran kaum berbangsa Bugis yang bagi..kalau x silap lah..hehehe...mcm x sure je kn..
diperbuat daripada tepung kanji serta pelbagai campuran mengikut kehendak masing2..
nk bagi senang citer..meh aq ringkaskn..

       Bahan2nyerr..
  1. Tepung Kanji
  2. Sayur Kangkung
  3. Sardin
  4. Kacang tanah yang sudah digoreng & di tumbuk
  5. Garam n AjiNomoto
  6. Air
       Cara -cara ..
  • Mula-mula panaskan air sehingga mendidih
  • Larutkan tepung kanji dengan sedikit air
  • Kemudian tuangkan air yang mendidih ke dalam larutan tadi dan kacau sehingga masak.
haaa..mcm ni la..tangan kena kuat tau..bukan senang ye cik adik..
  • Bukan nk makan mcm tu pulak..kita kena jadikan tepung ni menjadi bebola kecik yang muat kat mulut comey kita k.
  • Pastu, mendidihkan air kat periuk then masukkan sayuran, sardin dan kacang..Tunggu sehingga masak dan kemudian tambahkan garam dan ajiNomoto secukup rasa.
  • Ok..sikit lg nk siap..
  • Campurkan kedua-duanya sekali..bebola + sayuran..mcm ni haaa
wahhhh sedapnya...nyam3x..
  • Dah siap.......Hidangan mcmni syok mkn beramai2...jom pekena semangkuk dua..hehehe
jeng jeng...ni lah mangkuk aq..2x tambah wei...mahu lebih sedap boleh tambahkan sambal tomato..
kecur weii...ptg ni aq buat lg la..
orait...see ya