Monday, April 18, 2011

"aku rindukan kau"

     Aku jumpa kucing tu betul-betul depan rumah aku. Budak-budak kata kucing tu ikut diorang ntah dari mana. Kucing tu cooooomel sangat-sangat. Kaler oren, berekor pendek dan bermata sepet..hehe.. Benda yang paling aku mahu tahu masa tu "kucing sapakah ini", "jantan or betina"..comel sangat-sangat. Umur macam tak sampai setahun pun. Setengah tahun pun macam tak. errmmm maybe lingkungan 2-4 month kot. ntah la...huhuuu... Dapat jak kucing tu aku terus jadikan hak milik aku hahaha...tak malu.. Kucing tu tak bagi nama lagi..cewahhh macam dapat baby baru plak..

     14 April 2011 segalanya bermula. Hari pertama aku membelanya. Mula-mula tak tahu mahu bagi makan apa sebab kucing tu baby lagi.. Soo atas nasihat En.papa, aku berikan kucing tu whiskes jenis ikan tuna. Tengok kucing tu makan, comel sangat. Then aku bagi kucing tu minum susu kotak. Licin kucing tu jilat..suka-suka...Suka tengok kucing tu terbaring kenyang.

     Hari kedua berlalu seperti biasa. Makan whiskes but without milk. huhuuu sedih tak dapat jamu susu tuk kucing tu coz stok takde. Tak sempat mahu belikan sedangkan kedai dekat je. Hari ni kucing tu mulai membiasakan diri dengan tuan barunya..hehehe aku la tu..

     Hari ni hari ketiga dia bersama ku. Seperti biasa harinya aku mulakan dengan whiskes. Kucing tu makan rakus sangat. Mungkin sebab lapar yang teramat kot. Mukanya aku bersihkan sekerap mungkin sebab kucing tu terkena sakit mata. Sedih bila tengok dia asyik menutup mata. Seperti dia memberi petunjuk bahwa dia akan menutup mata tuk selamanya.

     Benarlah bagai dikata, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Tengah aku asyik layan AF9, tetiba aku teringin sangat tengok dia. Aku keluar. mencarinya di halaman..tiada..miauuu...miauuu... dia tidak menjawab. Aku sedar suaranya belum cukup kuat untuk aku dengari, maklumlah dia kan baby lagi. Aku terus cari disekitar rumah..pun tiada..!! Hinggalah mataku terpana pada sekujur badan yang kaku dihadapan rumahku..Masa tu malam, keadaan cukup gelap. Aku mencapai lampu suluh, suluh pada dia..ya Tuhan..mulutnya berdarah, telinganya juga..aku tidak sanggup tengok!! Sumpah aku tidak sangup..!!! Untuk meneruskan bait-bait ini pun aku tidak sanggup..aku nangis kat bilik..AF aku biarkan..esok-esok mesti ada ulangan..fuuhhhh...sakit rupanya bila kita kehilangan binatang kesayangan..

     Buat kucing yang sudah ku tanam malam semalam...."AKU RINDUKAN KAU"....miauuuuuuuu

3 comments: