oleh kerana kursus pn dah ikut..aq share ngan korang la ya...ni pun hasil dari apa yang aq dpt tyme kursus tu..
9.Mac.2011 - Hari Pertama
Proses asas membersihkan muka (3 langkah)
- Bersihkan muka dengan pencuci muka yang sesuai.
- Jangan lupa gunakan toner menggunakan kapas muka. Toner ni berfungsi untuk menutup liang roma kita.
- Gunakan pelembap. Jika anda rasa muka anda berminyak, pastikan pelembab digunakan dengan jumlah yang sedikit..asal ada.
Makeup siang
Makeup ni sesuai dikenakan semasa berada dirumah ataupun keluar rumah pada waktu siang. Solekan tidak terlalu sarat/padat dan simple.
- Mulakan dengan 3 langkah seperti diatas.
- Sapukan fondation yang sesuai dengan warna kulit.
- Jangan lupa sapukan bedak tabur @ loose powder sehingga rata.
- Gunakan compaq powder untuk memadatkan solekan.
- Sapukan highlight pada bawah kening. Pastikan pemilihan warna yang neutral sahaja seperti krim dan pink lembut.
- Eyeliner jangan lupa plak. hehe
- Sapukan sedikit blusher pada bahagian pipi. Pastikan ia tidak terlalu terang.
- Calitkan lipstick. DONE
Makeup Siang
Ok done with Makeup siang..sebelah petangnya kami diajar makeup malam plak..tp nnt je saya share ya..something come up..see ya